Tuesday 14 October 2008

Raikan Syawal dengan berziarah

Inilah kehidupan kami beraya diperantauan, sunyi tanpa bonda dan sanak sedara. Untuk mengubati kesedihan tanpa bonda, terpaksalah kami menghiburkan hati dengan pelbagai aktiviti sepanjang syawal ni. Antara yang menarik seperti biasa lah, ziarah kengkawan dirumah terbuka mereka. Ziarah di rumah terbuka dah memang menjadi kebiasaan. Kadang2 dah jadi wajib pulak untuk menziarahi rakan2 seperjuangan disini. Tambahan pulak dengan kehadiran Abang Am di Manchester. Jadi, syawal tahun ni dapatlah diraikan bersama Abang Am sekeluarga di rumah baru mereka di Cravenwood Road, Crumpsall Manchester. Wa.. ni baru pertama kali Abang Am buat open house, tapi masyallah, hebat2, besar-besaran nampaknya. Ni ha, beberapa gambar yang sempat di ambil di open house Abang Am.



Inilah di hero kami, sibuk jer dia meraikan aidil fitri kat manchester ni. Hehehe.


Kami sempat lah juga buat open house kat Sheffield ni, Meriah lah jugak rumah terbuka kami tahun ni, Abang Am dan Kak Fadillah yang tak tidoq semalaman beropen house pun mai jugak, bertambah lah meriah syawal kat sini. Terima kasih. Oh ya, kami juga nak ucapkan jutaan terima kasih kepada rakan2 semua yang sudi mengunjung teratak kami. Kehadiran anda semua memeriahkan lagi suasana raya disini. Terima kasih juga kepada adik-adik, Atikah x2, Khir dan Jo, Amy, Wani, Elly, Alia, Azian dan ramai lagi lah yang membantu didapur dan melayani tetamu sepanjang rumah terbuka kami ni. Mudah2an talian silaturrahim kita akan lebih erat. Maaf ler tak sempat nak bergambar dengan adik2 semua masa membantu dirumah.









Walaupun sibuk buat open house, kami tetap mengunjungi rakan2 yang buat rumah terbuka ini. Ni ha antara gambar yang sempat diambil semasa open house rumah rakan2 kat sheffield ni. Meriah lah juga Aidil Fitri tahun ini. Ini lah sekadar yang termampu bagi merapatkan tali silaturrahim sesama kita umat islam.




Satu lagi, Ni gambar kami sekeluarga sepanjang syawal tahun ni, tengok, bermacam2 tema dan warna, kekeke, biasa ler, sekadar nak merasai/menikmati berhari raya.









1 comment:

Anonymous said...

salam.amboi...banyak nyer gambag depa kali nie...siap ade tema2 pakaian beraya lagik cam pakaian beragam plak...alhamdulillah open house hangpa pun meriah..yang penting semua licin..mai la lagik ke manchester naaa