Saturday, 8 November 2008

Autumn in My Heart

Sekejap jer masa berlalu. Belum puas menikmati musim panas di bumi sheffield ni, musim luruh dah tiba. Alhamdulillah, musim luruh tahun ni insyAllah memberi seribu kenangan bagi kami sekeluarga. Rezeki murah musim luruh tahun ini. Memang sesungguhnya Allah tu Maha Pemurah. Melimpah ruah rezeki yang dikurniakan kepada hambaNya, cuma terpulang kepada kita untuk merafak kesyukuran kepadaNya. Alhamdulillah.
Musim luruh ini memang menjadi musim kegemaran si abang sejak dulu lagi. Berbeza dengan diriku yang lebih menggemari musim bunga. Bila ditanya, entahlah katanya, tenang katanya. Mungkin kerana gemarnya melihat daun yang kekuningan yang menanti saat gugurnya satu demi satu. Seperti juga manusia yang hanya menanti saat dipanggil untuk menemui Tuhan Azzawajalla. Mudah2an musim luruh kali ini benar-benar membawa ketenangan kepada kami sekeluarga dalam mengharungi kehidupan mengabdikan diri kepadaNya.
Dalam kesibukan menguruskan kehidupan seharian, sempat juga si abang mengagihkan sedikit masa untuk bergambar kami sekeluarga di musim luruh ini. Ini ada beberapa keping gambar yang dapat di ambil buat kenangan musim luruh.




Ala, ni ler Muhammad, sempat lagi baring diatas dedaunan yang luruh tu. Susah juga nak mengambil gambar si kecil ini.






Seperti biasa, yang paling gembira merasai perbezaan musim ini ialah dua puteri kami lah. Lihatkan keseronokan mereka menikmati keindahan musim luruh ini. Semoga ianya memberi kenangan manis kepada mereka bila pulang ke tanah air nanti.








Tuesday, 28 October 2008

Syawal di tanah air tercinta

Dalam bergembira beraya di bumi UK ni, sekali sekala teringat juga bonda di tanah air, sanak sedara yang dirindui, terbayang juga suasana beraya di kampung halaman tercinta. Setelah sekian lama (tak lama sangat sebulan jer) menanti berita dari malaysia (menanti gambar jer, berita2 lain dah tipon pun) syawal pun dah nak melabuhkan tirainya, baru kini dapat melihat suasana keluarga si abang menyambut raya di malaysia. Terubatlah sedikit kerinduan kat kampung halaman, alhamdulillah.

Ini gambar family si abang beraya di Jitra, Kedah. Raya kedua, disambut dengan kenduri kesyukuran dirumah kakak.




Alahai, comel nye sikecik ni, naufal ler tu, sepupu si Muhammad.

Hari raya pertama di Penang. Ni bergambar dengan pakngah, abang allahyarham Ayahanda. Terkenang kami kepada ayahanda yang yang sempat kami kunjungi disaat ketiadaannya.

Ini gambar bonda, menyingkap kenangan berbuka puasa ramadahan yang lalu. Sedih tak dapat bersama keluarga tercinta.



Tuesday, 14 October 2008

Raikan Syawal dengan berziarah

Inilah kehidupan kami beraya diperantauan, sunyi tanpa bonda dan sanak sedara. Untuk mengubati kesedihan tanpa bonda, terpaksalah kami menghiburkan hati dengan pelbagai aktiviti sepanjang syawal ni. Antara yang menarik seperti biasa lah, ziarah kengkawan dirumah terbuka mereka. Ziarah di rumah terbuka dah memang menjadi kebiasaan. Kadang2 dah jadi wajib pulak untuk menziarahi rakan2 seperjuangan disini. Tambahan pulak dengan kehadiran Abang Am di Manchester. Jadi, syawal tahun ni dapatlah diraikan bersama Abang Am sekeluarga di rumah baru mereka di Cravenwood Road, Crumpsall Manchester. Wa.. ni baru pertama kali Abang Am buat open house, tapi masyallah, hebat2, besar-besaran nampaknya. Ni ha, beberapa gambar yang sempat di ambil di open house Abang Am.



Inilah di hero kami, sibuk jer dia meraikan aidil fitri kat manchester ni. Hehehe.


Kami sempat lah juga buat open house kat Sheffield ni, Meriah lah jugak rumah terbuka kami tahun ni, Abang Am dan Kak Fadillah yang tak tidoq semalaman beropen house pun mai jugak, bertambah lah meriah syawal kat sini. Terima kasih. Oh ya, kami juga nak ucapkan jutaan terima kasih kepada rakan2 semua yang sudi mengunjung teratak kami. Kehadiran anda semua memeriahkan lagi suasana raya disini. Terima kasih juga kepada adik-adik, Atikah x2, Khir dan Jo, Amy, Wani, Elly, Alia, Azian dan ramai lagi lah yang membantu didapur dan melayani tetamu sepanjang rumah terbuka kami ni. Mudah2an talian silaturrahim kita akan lebih erat. Maaf ler tak sempat nak bergambar dengan adik2 semua masa membantu dirumah.









Walaupun sibuk buat open house, kami tetap mengunjungi rakan2 yang buat rumah terbuka ini. Ni ha antara gambar yang sempat diambil semasa open house rumah rakan2 kat sheffield ni. Meriah lah juga Aidil Fitri tahun ini. Ini lah sekadar yang termampu bagi merapatkan tali silaturrahim sesama kita umat islam.




Satu lagi, Ni gambar kami sekeluarga sepanjang syawal tahun ni, tengok, bermacam2 tema dan warna, kekeke, biasa ler, sekadar nak merasai/menikmati berhari raya.









Wednesday, 1 October 2008

Syawal diperantauan

Ini kali yang kedua kami menyambut syawal di bumi Sheffield ni. Walaupun dah dua tahun berturut2 menyambut aidil fitri diperantauan, namun kerinduan kepada bonda dan sanak sedara kat malaysia tak sedikut pun reda, malah rasa bertambah perit dan hanya menghitung hari untuk pulang beraya bersama keluarga tercinta.
Syawal tahun ni disambut serba sederhana, seperti biasalah. Maklumlah si abang agak sibuk. Tambahan pula, ramadhan yang berlalu tanpa disedari membuatkan persiapan syawal bertambah tak terancang. Namun kedatangan syawal tetap diraikan tanda kemenangan satu perjuangan.
1 syawal kali ni bertemakan ke'ungu'an, lembut tapi gagah. Kegemaran anak2, Nida dan Nasuha untuk berjubah akhirnya tercapai jua, terima kasih Mak, Kak Chik dan Adik Yazid yang mengirim dari malaysia alhamdulillah. Seperti biasa, Nasi impit kuah kacang kegemaran si abang tetap dihidang di awal pagi 1 syawal. Itu memang menjadi hidangan wajib buat suami dan keluarga tercinta, sekurang-kurangnya terubat rindu kepada keluarga si sana.
Buat keluarga dan rakan2 SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI, Maaf Zahir dan Batin.





Tengok ler dua anak dara tu bergaya dengan Jubah ungu mereka, nampak anggun plak pakai jubah, lama dah minta, cuma tahun ni baru dapat, alhamdulillah.

Eh tengok ni, anak sapa ler tu, sukernyer dia beraya. kekeke.


Ni bergambar dengan rakan2 di sheffield ni. Terubat kerinduan dik keluarga di Mesia.

Tuesday, 29 July 2008

Strawberry Picking Doncaster

Tercatat dalam sejarah hidup kami sekeluarga,he..he..pertama kali kami pergi memetik buah strawberi di ladangnya yang menjadi keinginan anak2 memetik buah dan merasai kenikmatan buah strawberi yang fresh...yum..yum..memang sedap dan manis...kat mesia tak de nak petik2 ni...alhamdulillah tercapai gak niat nak petik buah strawberi pada hari sabtu 23 Rejab bersamaan 26 julai.
Tak lupa juga...apalagi..bergambaq sakanlah...terutama si kecil yg bijak tu....mengalahkan kak long dan kak ngahnyeee....sama tinggi ngan pokok strawberi...
Semoga pengalaman kita sekeluarga menikmati buah strawberi ini dapatlah kita bersyukur dengan nikmat yang dikurniakan oleh Allah.





Sunday, 27 July 2008

Cornwall UK - Percutian Musim Panas 2008

Ni satu lagi percutian musim panas kami. Kali ni kami bercuti bersama-sama Abg Am sekeluarga di Cornwall pada 18 hingga 21 Julai. Cornwall adalah destinasi yang dipilih merupakan bahagian paling selatan UK. Percutian kali ini menarik sikit. First time sewa caravan kat looe bay, cornwall. Ada beberapa tempat yang menarik yang sempat dilawati memandangkan perjalan yang jauh tu. Memang meletihkan. Namun seronok lah juga sekali-sekala bawa famili berjalan2. Tambahan pulak dah mula cuti sekolah ni, bosan plak klu dok umah ja. Sekurang2nya dapat lah juga anak2 ni melihat betapa indahnya permandangan ciptaan Allah. Belajarlah mereka akan kebesaran Allah.









Percutian Pertama Musim Panas 2008 - Skegness

Musim panas tahun ni di penuhi dengan pelbagai aktiviti famili. Berbeza dengan tahun lepas. Klu tahun lepas, memang tak sempat nak jalan memana pun, pertamanya disebabkan cuaca yang tak menentu, hujan sepanjang summer, sampai bah (banjir) bandar sheffield ni, lagi pn masa tu tengah sarat mengandung si Muhammad.
Jadi tahun ni memang pelbagai aktiviti yang dirancang. 13 Julai lepas, kami ikut rombongan rakan2 ke skegness beach. Tingat plak pantai kat penang, sekurang2 nya hilang sikit rindu nak balik kampung.