Kami sempat lah juga buat open house kat Sheffield ni, Meriah lah jugak rumah terbuka kami tahun ni, Abang Am dan Kak Fadillah yang tak tidoq semalaman beropen house pun mai jugak, bertambah lah meriah syawal kat sini. Terima kasih. Oh ya, kami juga nak ucapkan jutaan terima kasih kepada rakan2 semua yang sudi mengunjung teratak kami. Kehadiran anda semua memeriahkan lagi suasana raya disini. Terima kasih juga kepada adik-adik, Atikah x2, Khir dan Jo, Amy, Wani, Elly, Alia, Azian dan ramai lagi lah yang membantu didapur dan melayani tetamu sepanjang rumah terbuka kami ni. Mudah2an talian silaturrahim kita akan lebih erat. Maaf ler tak sempat nak bergambar dengan adik2 semua masa membantu dirumah.
Walaupun sibuk buat open house, kami tetap mengunjungi rakan2 yang buat rumah terbuka ini. Ni ha antara gambar yang sempat diambil semasa open house rumah rakan2 kat sheffield ni. Meriah lah juga Aidil Fitri tahun ini. Ini lah sekadar yang termampu bagi merapatkan tali silaturrahim sesama kita umat islam.
Satu lagi, Ni gambar kami sekeluarga sepanjang syawal tahun ni, tengok, bermacam2 tema dan warna, kekeke, biasa ler, sekadar nak merasai/menikmati berhari raya.
1 comment:
salam.amboi...banyak nyer gambag depa kali nie...siap ade tema2 pakaian beraya lagik cam pakaian beragam plak...alhamdulillah open house hangpa pun meriah..yang penting semua licin..mai la lagik ke manchester naaa
Post a Comment