Sunday 3 February 2008

Kesejukan yang berbaloi

Musim sejuk di Sheffield, UK tahun ni,2008 terasa begitu sejuk berbanding tahun lepas 2007. Entah lah, samada sistem pemanasan rumah baru kami yang agak kurang baik ataupun sememangnya winter 2008 ni benar2 sejuk.
Namun kesejukan yang dirasai tiba2 hilang begitu saja disebabkan kegiarahan kami seisi keluarga, biasalah.... walaupun dah setahun disini, dan pengalaman kedua kami dibumi UK, ianya tetap mengembirakan kami sekeluarga.
Masa yang ditunggu dah tiba, tepat jam 3 pagi, sabtu 2 Februari 2008, turunlah snow yang agak tebal beserta angin yang kuat di kota sheffield ni. Secara kebetulan, kami belum tidur siapkan satu tugasan yang penting untuk pembentangan di Leeds. Maka sempat lah kami menikmati kehebatan kuasa Allah menurunkan snow di pagi yang hening tu. Hilanglah sejuk yang dirasai sepanjang kehidupan di UK ni.
Pada mulanya agak malu nak keluar main dan ada juga rasa takut .. maklumlah, di perantauan ni.. tambah pula di awal pagi.. Tapi hilang sedikit ketakutan dan malu tu kerana telalu ingin untuk bermain snow. Lama juga kami berlegar di kawasan luar rumah ni sehinggalah jam 4 pagi. Dalam sekitar jam 4.30 pagi, barulah henti snow di sheffield ni.... Harapnya ini bukanlah satu-satunya hari snow turun dibumi sheffield tahun ni, tak puas lagi main snow ni.. hehe.









3 comments:

Anonymous said...

salam zah...

awat tak bawak Ayman tu sekali...hi...hi...kan best kalau Ayman ader sebab kalau sejuk2 pun...'Ayman tak kisah'......

norshazwani othman said...

salam


ohoho..ayimnina ni..kak zah rupanya..ngeh3..

best neh main snow..kite pun same..best..subhanallah..cantikkan?..huhu..

norshazwani othman said...

salam..kak!! bila nak up date blog ni?