Saturday 8 November 2008

Autumn in My Heart

Sekejap jer masa berlalu. Belum puas menikmati musim panas di bumi sheffield ni, musim luruh dah tiba. Alhamdulillah, musim luruh tahun ni insyAllah memberi seribu kenangan bagi kami sekeluarga. Rezeki murah musim luruh tahun ini. Memang sesungguhnya Allah tu Maha Pemurah. Melimpah ruah rezeki yang dikurniakan kepada hambaNya, cuma terpulang kepada kita untuk merafak kesyukuran kepadaNya. Alhamdulillah.
Musim luruh ini memang menjadi musim kegemaran si abang sejak dulu lagi. Berbeza dengan diriku yang lebih menggemari musim bunga. Bila ditanya, entahlah katanya, tenang katanya. Mungkin kerana gemarnya melihat daun yang kekuningan yang menanti saat gugurnya satu demi satu. Seperti juga manusia yang hanya menanti saat dipanggil untuk menemui Tuhan Azzawajalla. Mudah2an musim luruh kali ini benar-benar membawa ketenangan kepada kami sekeluarga dalam mengharungi kehidupan mengabdikan diri kepadaNya.
Dalam kesibukan menguruskan kehidupan seharian, sempat juga si abang mengagihkan sedikit masa untuk bergambar kami sekeluarga di musim luruh ini. Ini ada beberapa keping gambar yang dapat di ambil buat kenangan musim luruh.




Ala, ni ler Muhammad, sempat lagi baring diatas dedaunan yang luruh tu. Susah juga nak mengambil gambar si kecil ini.






Seperti biasa, yang paling gembira merasai perbezaan musim ini ialah dua puteri kami lah. Lihatkan keseronokan mereka menikmati keindahan musim luruh ini. Semoga ianya memberi kenangan manis kepada mereka bila pulang ke tanah air nanti.