Tuesday 29 July 2008

Strawberry Picking Doncaster

Tercatat dalam sejarah hidup kami sekeluarga,he..he..pertama kali kami pergi memetik buah strawberi di ladangnya yang menjadi keinginan anak2 memetik buah dan merasai kenikmatan buah strawberi yang fresh...yum..yum..memang sedap dan manis...kat mesia tak de nak petik2 ni...alhamdulillah tercapai gak niat nak petik buah strawberi pada hari sabtu 23 Rejab bersamaan 26 julai.
Tak lupa juga...apalagi..bergambaq sakanlah...terutama si kecil yg bijak tu....mengalahkan kak long dan kak ngahnyeee....sama tinggi ngan pokok strawberi...
Semoga pengalaman kita sekeluarga menikmati buah strawberi ini dapatlah kita bersyukur dengan nikmat yang dikurniakan oleh Allah.





Sunday 27 July 2008

Cornwall UK - Percutian Musim Panas 2008

Ni satu lagi percutian musim panas kami. Kali ni kami bercuti bersama-sama Abg Am sekeluarga di Cornwall pada 18 hingga 21 Julai. Cornwall adalah destinasi yang dipilih merupakan bahagian paling selatan UK. Percutian kali ini menarik sikit. First time sewa caravan kat looe bay, cornwall. Ada beberapa tempat yang menarik yang sempat dilawati memandangkan perjalan yang jauh tu. Memang meletihkan. Namun seronok lah juga sekali-sekala bawa famili berjalan2. Tambahan pulak dah mula cuti sekolah ni, bosan plak klu dok umah ja. Sekurang2nya dapat lah juga anak2 ni melihat betapa indahnya permandangan ciptaan Allah. Belajarlah mereka akan kebesaran Allah.









Percutian Pertama Musim Panas 2008 - Skegness

Musim panas tahun ni di penuhi dengan pelbagai aktiviti famili. Berbeza dengan tahun lepas. Klu tahun lepas, memang tak sempat nak jalan memana pun, pertamanya disebabkan cuaca yang tak menentu, hujan sepanjang summer, sampai bah (banjir) bandar sheffield ni, lagi pn masa tu tengah sarat mengandung si Muhammad.
Jadi tahun ni memang pelbagai aktiviti yang dirancang. 13 Julai lepas, kami ikut rombongan rakan2 ke skegness beach. Tingat plak pantai kat penang, sekurang2 nya hilang sikit rindu nak balik kampung.



Saturday 26 July 2008

Ulang Tahun Kelahiran Pertama Muhammad

Rasa dah lama tak update blog ni, maklumlah agak sibuk 2 3 menjak ni, Alhamdulillah, hari ni diberi kelapangan oleh Allah untuk mengupdate blog ni.
Seperti biasa dah menjadi adap kebiasaan kami sekeluarga mengada sedikit sambutan hari kelahiran setiap ahli keluarga. Tanggal 18 Julai yang lalu tibalah giliran sikecil ni, anak lelaki sorang tu, Muhammad genab setahun. Dan secara kebetulan plak, pada minggu tu, kami dah tempat bersama2 Abg Am untuk bercaravan di Cornwall, jadi sambutan ulang tahun pertama di buat di sanalah. Kakak Nida n Kaka Nasuha jangan sedih plak, kebetulan jer Abi ngan Mamu Am jenjalan kt situ. Rasa masa berjalan begitu cepat , dah setahun si kecil tu, kejab jer, tengok lah gelagak dia, memotong kek cam orang besaq. Alhamdulillah, bersyukur kami dianugerahkan putera danieyal (Muhammad Ayman Danieyal) Semoga menjadi anak yang soleh, menegakkan Islam dimana berada.