Wednesday 23 January 2008

Sambutan pelajar baru........he..he..he..

Hari-hari yang ditunggu telah tiba...sambutan pelajar baru...he..he...sape lagi..abg am sekeluarga. Aku sekeluarga begitu semangat nak sambut ahli keluarga datang Uk ni. Ye lah, lama tak jumpa..setahun..anak2 abg am semua dah besar2...panggil nama pun tertukar..tapi nampak bersemangat walaupun penat dgn macam2 kerenah....
Dok kat sini kena tahan sabo sikit..sebab sejuk....kat m"sia panas...klu org baru ni agak terasa perubahan cuaca dan waktu...asyik nk selimut jer...sejuk2 ni..asyik nak tido jer...makan no 2. Aku teringat masa aku mula2 sampai dulu...rasa nak balik jer...sebab tak tahan sejuk...masa tu lak, tgh alah mengandung...nk makan tak boleh..asyik minum air masak jer..pas tu..makanan yang kita mengidam..tak dapat nk cari, bertambahlah lagi rasa nak balik tu...tapi..la ni dh ok dh..alhamdulillah.
Datang sini aku banyak belajar memasak.....pas ni nak belajar buat pizza...kih..kih. Asyik makan pizza tesco jer. Anak2 aku suka makan pizza.



Happy Birthday.

Pada saat ini (masa aku rakam foto di bawah ni)adalah hari lahirku pada 19 Januari 08. Genap usiaku 30 tahun...ishh..dh masuk 30an dah.
Ya Allah..ampunkanlah hambamu yang banyk dosa ini Ya Allah.
Hambamu yang sering alpa dan leka...
Hamba yang mengharap maghfirahmu Ya Allah..
Hamba yang mengharap redhomu ya Allah...
Dengan bertambahnya usia..
Moga aku menjadi hamba Allah yang sentiasa merindui Taman Syurga Firdaus Mu dan mengharap kasih sayang Mu.
Menjadi isteri yang sentiasa perjalanan hidupnya diredhoi oleh suami tercinta.
Menjadi ibu yang terbaik dalam mendidik dan membesar anak-anaknya.
Menjadi anak yang solehah untuk ibunya (ibu mertua dan ibuku).
Menjadi sahabat sejati untuk temannya....Amin..

Aku teringat soalan yang ditanya oleh hubby pada hari lahirku...

"Apa azam ummi sempena hari lahir ni".

Dengan penuh rasa kasih sayang aku menjawab soalan suamiku.
" Ummi nak gembirakan hati Abi".

Aku sebagai isteri sentiasa memikirkan keredhoan seorang suami terhadap isterinya...krn sekiranya sudah sampai masanya aku dijemput Allah...aku mengharapkan aku pergi bertemu Ilahi dalam redho suami..insyaallah dijamin syurga.(kullu nafsin zaiqatul maut)Itu janji Allah.
Sekiranya kita dijemput Allah tanpa keredhaan suami...Ya Allah...Nauzubillah....

Dan untuk adik2 yang bagi aku hadiah, tima kasih banyak2..tak sangka lak besar2 ni dapat hadiah...
Yang terharunya...adik2 ni sambut hari lahirku...Ya Allah...terkejut gak...tiba2 siap ngan kek lagi...suruh potong...terharu..terharu..aku pun potong kek sambil berselawat,kami selawat ramai2 dan baca doa selamat...
Untuk adik2, moga ukhuwah fillah tak kunjung malap, semoga kejayan menjadi milik kalian. Aminnnnnn.



Aku ngan hubby dan Putra Ayman kat Manchester Air Port, waktu ni dok tunggu abg am sekeluarga.


Monday 14 January 2008

Happy Birthday Nasuha

Last week, on the 10th of January 2008, we celebreted our second daughter's birthday. It was a small party just among the family member. That is one of our family's activity in our yearly plan. We celebrate each of everyone of us birthday.

Happy Birthday to Nasuha.

Few words from nasuha (What she had promised to do as she is 7 years old):-
" As I'm now, 7 years old, I promise to pray properly 5 times a day. I'll read Iqra' till book 6 this year. I'll listen to my dad and mum whatever they say. Thanks dad for the gift."





Wednesday 2 January 2008

Azam ditahun baru... 2008

Hari ni dah 2 Januari 2008, pejam..celek..pejak..celek.. tak sedar plak.. dah masuk tahun baru 2008 dan ini dah tahun kedua kami di bumi united kingdom ini. Tak sempat pun nak memanjangkan kaki, meningjau keindahan bumi UK ni, dah habis setahun disini. InsyaAllah tinggal lagi 2 tahun saja untuk si abang tamatkan pengajian disini (mudah-mudahan insyaAllah).
Jika ditinjau semula, tak banyak pencapaian yang diamati setahun di UK ni. Keindahan kat sini pun tak sempat nak cover. Nun di utara scotland tak dijejaki lagi, apatah lagi ditepi sana, ireland, europe tak leh citer lah lagi, sekali visa sikecil tak dibuat, selagi tu lah kami merengkuk di bumi UK ni, nak balik ker tanah air tahun ni pun tak pasti lagi.
Azam ditahun 2007 memang ler menggunung tinggi, tapi yang tercapainyer cuma lereng2 bukit saja, itu pun dah tercungap2. Impian untuk menguasai bahasa inggeris pun masih samar2, apatah lagi menuntut ilmu di sini. Itulah resam kehidupan, kita merancang, dia juga yang menentukan. Namun begitu, suka duka tahun 2007 pasti kujadikan panduan dan iktibar untuk mengharungi kehidupan masa depan.


Tahun 2008 akan tetap lebih mencabar. Tahun ini akan ku pastikan penguasaan bahasa ketiga bagi diriku dapat dicapai. InsyaAllah dengan dorongan si abang dan 3 buah hati ku, akan kugagahi juga. Dalam kesibukan, kukan pastikan, dalam tahun ini, timur dan barat, utara dan selatan bumi uk ni dapat dijejajahi. Jelajahi untuk mencari erti kehidupan dan kebesaranNya.
Semoga tahun ini dipenuhi dengan kegembiraan dan ketaatan kepadaNya.